Menurut Arnold Gesell, perkembangan
manusia dipengaruhi oleh faktor kematangan. Arnold Gesell menyatakan bahawa
perkembangan individu mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan, urutan atau
pola tertentu. Selain daripada itu, mengikut teori perkembangan Arnold Gesell, setiap
individu menghadapi perkembangan yang berbeza. Ada sebahagian individu akan
menghadapi perkembangan yang lebih awal atau lambat. Iaitu bergantung kepada
individu tersebut. Contohnya, ada kanak-kanak sudah boleh berjalan kaki dalam
sembilan bulan dan ada kanak-kanak mula berjalan kaki selepas umur satu tahun.
Selain
daripada itu, Arnold Gesell juga berfokus kepada penyelidikan kajian ekstensif
beberapa orang kanak-kanak. Kajian tentang teori perkembangan Arnold Gesell ,
faktor baka adalah faktor utama mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Mengikut
kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan
Sheldon (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan
dan intelek yang berbeza. Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh
diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas. Kajian ahli-ahli
psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu
bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang bijak pandai akan melahirkan anak-anak
yang juga bijak pandai. Bukan itu sahaja, emosi seseorang juga diwarisi
daripada baka ibu bapa.
Selain
daripada itu, kematangan fizikal juga akan mempengaruhi kelancaran kanak-kanak
terhadap pembelajaran. Hal ini berlaku adalah disebabkan kelancaran proses
perkembangan individu adalah dipengaruhi oleh kematangan fizikalnya. Teori
perkembangan Arnold Gesell juga menekankan perkembangan fizikal kanak-kanak.
Kanak-kanak diberi peluang berkembang pada kadar sendiri dan tidak boleh
dipaksa melakukan sesuatu hanya kerana telah mencapai peringkat usia
perkembangan tersebut. Oleh itu, kita jangan memaksa kanak-kanak melakukan
sesuatu yang tidak sampai tahap perkembangan mereka.
Di
samping itu, lima tahun pertama merupakan tapak perkembangan tingkah laku dan
aspek yang lain juga akan membawa kesan kepada perkembangan yang seterusnya.
Jadual di bawah telah menunjukkan lima
peringkat perkembangan kanak-kanak dalam tempoh lima tahun.
Peringkat
|
Cirri-ciri
|
Pertama
(0 – 1 tahun)
|
- Kematangan
emosi berlaku 1 bulan (isyarat
tangisan dan senyuman)
- Kematangan
fizikal berlaku 4 bulan ( pergerakan mata)
|
Kedua
( 1 – 2 tahun)
|
- kemahiran menggunakan perkataan yang mudah
- Mula berjalan diikuti dengan berlari.
|
Ketiga
( 2 – 3 tahun)
|
- Mula bentuk sikap berdikari semasa makan, minum
dan lain-lain.
- Menggunakan
ayat yang mudah
|
Keempat
( 3 – 4 tahun)
|
- Melakukan aktiviti permainan
keupayaan
melaksanakan tugas harian
|
Kelima
( 4 – 5 tahun)
|
- Kematangan emosi dan sosial ditunjukkan dalam
interaksi dengan rakan sebaya
- Kematangan mental ditunjukkan melalui soalan-
soalan dikemukakan
|
1.1 Aktiviti
mengikut peringkat umur teori Arnold Gesell
Setiap peringkat kanak-kanak mempunyai perkembangan
yang berbeza dan mempunyai aktiviti yang perlu dilaksanakan. Oleh itu, mengikut
teori perkembangan Arnold Gesell, beliau telah menyatakan aktiviit yang sesuai
mengikut umur kanak-kanak seperti berikut:
a.) 0 – 1 tahun (penerokaan permainan)
Letakkan bayi di ruang yang cukup luas dan bersih bagi
mereka melaksanakan aktiviti. Ibu bapa boleh memberi permainan yang berbunyi
dan berwarna-warni bagi menarik perhatian bayi. Ibu bapa juga digalakkan
memberi dorongan kepada bayi untuk melakukan aktiviti.
b.) 1 – 2 tahun (jalan latih)
Ibu bapa mereka boleh membawa anak-anak mereka ke kawasan
taman permainan atau kawasan yang lebih luas. Seterunya, ibu bapa boleh
menggunakan “baby walker” untuk melatih kanak-kanak mereka berjalan. Justeru,
ibu bapa juga digalakkan memberi dorongan kepada anak-anak mereka walaupun
mereka telah gagal menjalan dengan baik atau stabil. Dorongan yang diberikan
kepada kanak-kanak akan menubuhkan keyakinan kanak-kanak.
c.) 2 - 3 tahun (mengajar cara makan)
Pada usia kanak-kanak ini, mereka telah mempunyai
kemampuan untuk memegang sudu. Maka, pada peringkat ini, ibu bapa boleh
mengajar bayi cara pegang sudu. Ibu bapa menyediakan makanan yang lembut di
dalam bekas. Selain daripada itu, ia juga adalah satu aktiviti membantu bayi berkembang
motor halus.
d.) 3 – 4 tahun (menunggang basikal beroda tiga)
Pada peringkat ini, ibu bapa boleh mengajar anak
mengimbangi badan di atas basikal. Ibu bapa boleh menggunakan basikal beroda
tiga supaya anak mereka tidak menghadapi cedera. Semasa anak sedang menunggang
basikal, pengawasan ibu bapa adalah amat penting. Aktiviti ini boleh membantu
kanak-kanak pergerakan motor kasar dan motor halus.
e.) 4 – 5 tahun (bermain di taman permainan)
Ibu bapa boleh membawa anak mereka pergi ke taman
permainan dan biarkan kanak-kanak bermain di taman bersama rakan-rakan dan
semasa mereka bermain di taman permainan, maka mereka boleh bergaul dan
bersosial bersama kawan-kawannya atau kanak-kanak yang lain. Itu juga merupakan
satu cara untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi kanak-kanak.
2.0 Teori
tugas perkembangan Robert Havighurst
Teori ini adalah berkaitan dengan
menerangkan konsep tugas dalam teori perkembangannya. Menurut beliau, pada
setiap peringkat perkembangan, manusia ada tugas yang perlu dicapai.
Sebenarnya, apa maksud tugas perkembangan?
2.1
Maksud Tugas perkembangan
Menurut Atan Long (1980), tugas
perkembangan ialah jangkaan ibu bapa dan masyarakat tentang tingkah laku yang
sepatutunya dikuasai oleh seseorang individu pada peringkat umur tertentu.
Menurut Newman dan Newman (1999), tugas
perkembangan ialah satu set kemahiran atau kebolehan yang perlu dikuasai oleh
individu untuk menambah penguasaan terhadap persekitaran.
2.2 Konsep tentang teori tugas perkembangan Robert
Havighurst
Sebenarnya, teori ini adalah berbeza
dengan teori perkembangan Arnold Gesell. Hal ini berlaku adalah disebabkan
teori tugas perkembangan Robert Haqvighurst mementingkan faktor alam sekitar
maka teori perkembangan Arnold Gesell adalah disebabkan oleh faktor baka.
Dalam teori ini, alam sekitar merupakan
faktor utama untuk mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Contonya, sepasang
kembar serupa yang dibesarkan berasingan tidak mempunyai IQ yang sama seperti
kembar serupa yang dibesarkan bersama.
Seterusnya, budaya masyarakat,
nilai-nilai, dan norma juga merupakan faktor yang lain akan membawa kesan
kepada perkembangan kanak-kanak. Pada teori ini, individu boleh memenuhi atau
mencapai tugas-tugas perkembangan yang telah ditetapkan oleh masyarakat dan
budaya. Oleh itu, semasa seseorang mempunyai keupayaan menyempurnakan tugas
tersebut maka akan membawa kebahagian kepada individu dan jika gagal mencapai
tugas perkembangan yang ditetapkan, individu akan mengalami masalah.
Dalam buku Robert Havighurst yang
bertajuk “Human Development and Education (1953)” telah meyenaraikan
tugas-tugas perkembangan kanak-kanak dari peringkat bayi hingga peringkat
berikutnya.
1. Peringkat bayi dan awal kanak-kanak (0-6 tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak mula bercakap,
berinteraksi dengan orang lain, belajar bertolak ansur dan bertimbang rasa,
sedia mendengar pandangan orang lain, belajar makan makanan pepejal, membuang
najis dan boleh membezakan betul dan salah.
2. Peringkat kanak-kanak (6
– 12 tahun)
Pada tahun ini, kanak-kanak sudah boleh
menguasai beberapa kemahiran dalam permainan, kemahiran menulis, membaca dan
mengira, mula berkawan dan berkomunikasi dengan orang lain dan mampu memahami
konsep hidup serta moral.
3. Peringkat awal remaja dan
remaja (12 – 18 tahun)
Pada umur ini, bentuk badan mula
berubah, minat bergaul dengan rakan berlainan jantina, ingin kebebasan dan
konsep baik dan buruk semakin mantap.
4. Akhir remaja (18 – 22
tahun)
Remaja akan berusaha untuk mendapat
autonomi daripada ibu bapa. Mereka akan cuba membentuk identiti mengikut
jantina. Selain itu, melalui pergaulan sosial remaja akan menerap atau mematuhi
nilai moral. Mereka juga menghadapi masalah untuk memilih kerjayanya.
5. Awal dewasa (22 – 34
tahun)
Banyak dewasa akan menubuhkan keluarga
sendiri. Pasangan yang telah berkahwin akan mengasuh dan mendidik anak-anak. Di
samping itu, mereka juga cuba meneroka persahabatan intim dengan rakan yang
berlainan jantina. Mereka juga berusaha memantapkan diri dalam pekerjaan dan
membentuk gaya hidup.
6. Pertengahan dewasa (34 –
60 tahun)
Pada peringkat ini, mereka mula menyempurnakan
impian individu, iaitu beli rumah, harta dan perniagaan sendiri untuk memupuk
kebahagiaan dalam rumah tangga. Pada masa ini, dewasa juga akan mahir dalam
pekerjayaan sendiri dan melibatkan diri dalam kerja amal untuk kebajikan
masyarakat.
7. Akhir dewasa ( 60 – 75
tahun)
Mempunyai pengetahuan yang mendalam
tentang kerjaya akan dihormati. Selepas itu, mereka juga mengubah tenaga ke arah
lain selepas bersara daripada pekerjaan. Mereka yang berjaya akan berpuas hati
dan bersyukur atas takdir Tuhan.
8. Tua (75 hingga meninggal
dunia)
Sebenarnya, umur ini kebanyakan akan
menghadapi masalah kesihatan. Mereka akan berasa tenang menanti saat untuk
meninggal dunia sebab mereka telah berjaya memyempurnakan segala tanggungjawab
terhadap keluarga dan masyarakat.
2.3 Implikasi
teori perkembangan kepada guru
Memahami perkembangan seseorang kanak
amat penting bagi seorang guru. Hal ini berlaku kerana setiap peringkat
kanak-kanak mempunyai fikiran, emosi, jasmani, perkembangan dan sebagainya
adalah berbeza. Oleh itu, guru mestilah memahami apa kemahuan dan aktiviti yang
perlu dilaksanakan pada usia tertentu. Contohnya, kita jangan menyuruh pelajar
tahun satu main bola tampar kerana dari segi psikomotor mereka adalah tidak
sesuai dan akan membawa kesan kepada otot mereka. Oleh itu, kita mestilah
menyediakan aktiviti yang sesuai untuk mereka seperti menyuruh mereka melambung
bola baling bersaiz kecil.
Selain daripada itu, ia juga membolehkan
guru memahami mengapa pelajar bertingkah laku sedemikian. Setiap tingkah laku
yang telah dilaksanakan oleh kanak mesti mempunyai tujuan atau sebabnya.
Contohnya, murid yang nakal dalam kelas bertujuan menarik perhatian daripada
guru dan guru mestilah memikir cara yang sesuai untuk menyelesaikan masalah
mereka.
Di samping itu, guru-guru juga boleh membantu
pelajar memahami diri mereka sendiri. Selepas belajar tentang teori
perkembangan kanak-kanak, ia juga akan menolong guru merancang objektif dan
matlamat pembelajaran yang sesuai dan merumus langkah supaya pelajarnya
mencapai matlamat dan objektif pembelajaran yang ditetapkan. Contohnya, semasa
guru mengajar sesuatu topik, guru mestilah mengajar asas baru kepada topik yang
lebih mendalam dan pelbagai cara perlu disediakan kepada pelajar yang berbeza.
Seterusnya, guru juga boleh
mengimplikasikan teori ini untuk meramal tingkah laku, kegemaran dan apa yang
tidak disenangi pelajar pada peringkat umur tertentu, merancang peneguhan yang
sesuai dalam usaha mengawal tingkah laku dan memotivasikan pelajar, merancang
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan pelajar. Guru
jangan menyediakan latihan yang senang kepada kelas unggul atau soalan yang
susah kepada pelajar-pelajar. Hal ini berlaku sebab jika soalan itu terlalu
senang akan menyebabkan pelajar berasa bosan manakala terlalu sukar akan
menyebabkan mereka hilang keyakinan. Oleh itu, semasa memilih latihan atau
aktiviti mestilah memikir latar belakang pelajar.
Walaubagaimanapun, prihatin dan sabar
dalam membimbing pelajar amat penting bagi seorang guru. Guru mestilah
mempunyai kesabaran semasa mengajar pelajar yang kurang pandai kerana mungkin beberapa
kali penjelasan akan diberikan kepada pelajar tersebut.
Akhuirnya, guru-guru boleh membuat
intervensi untuk mengatasi masalah pembelajaran pelajar dan boleh berbincang
dengan ibu bapa tentang langkah yang perlu dilakukan untuk sama-sama mengatasi
masalah pelajar. Berbincangan boleh dilakukan secara langsung atau secara tidak
langsung.
3.0 Teori
Ethologi Lorenz
Teori ini telah mengkaji tingkah laku
manusia dan binatang dalam keadaan semula jadi. Mengikut kajian Lorenz (1965),
beliau telah memerhati tingkah laku sekumpulan anak angsa. Seterusnya, evolusi
dan faktor biologi berperanan penting dalam perkembangan manusia dan pengalaman
awal individu adalah penting.
John
Bowlby (1969,1989) telah mengaplikasikan teori ethologik dalam teori perapatan
yang telah menyatakan semua haiwan termasuk manusia dilahirkan dengan program
biologi yang boleh menghasilkan isyarat yang membawa kepada perkembangan
tingkah laku sosial seperti perapatan. Apa yang dimaksudkan dengan perapatan?
Maksud kepada perapatan ialah kasih sayang yang kuat yang mengikat seseorang
kepada seseorang yang lain. Oleh itu, perapatan yang kuat mestilah dididik
semasa kecil dan ia juga akan membawa kesan yang sepanjang kehidupan individu.
Kesimpulannya,
kita tidak akan memahami perkembangan kanak-kanak sekiranya kita tidak
memerhatikan tingkah laku dalam persekitaran semula jadi mereka.
4.0 Teori
perkembangan Ekologikal Bronfenbrenner
Teori ini telah dikemukakan oleh
Bronfenbrenner pada tahum 1979. Beliau telah menjalankan kajiannya dari segi
konteks sosial seseorang kanak-kanak yang mempengaruhi kehidupan dan perkembangan.
Selain daripada itu, beliau juga menekankan pengaruh persekitaran ke atas
perkembangan organism. Mengikut teori perkembangan ekologikal Bronfenbrenner,
terdapat lima jenis sistem persekitaran ekologikal. Iaitu, mikrosistem, mesosistem,
eksosistem, makrosistem, dan kronosistem.
(a) Mikrosistem
Mikrosistem ini merujuk kepada persekitaran dalaman yang
paling hampir kepada perkembangan kanak-kanak itu sendiri. Selain daripada itu,
mikrosistem ini adalah berinteraksi secara langsung dan ia akan menghabiskan
paling banyak masa. Ia merujuk kepada ibu bapa, adik beradik, guru, rakan
sebaya dan pengasuh yang mempunyai rangkaian secara langsung dengan
kanak-kanak. Oleh itu, kegiatan mereka akan terus mempengaruhi perkembangan
kanak-kanak secara langsung. Contohnya, jika ibu bapa selalu mengucapkan terima
kasih kepada sesiapa yang memberi bantuan kepadanya, maka anak mereka akan
mengikut perbuatan mereka.
(b) Mesosistem
Ia merujuk kepada hubungan antara dua atau lebih keadaan
di mana akan mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Mesosistem ini juga
mempunyai hubungan yang kuat dengan mikrosistem. Sebagai contoh, jika rakan
sebaya kanak-kanak tersebut terdiri daripada golongan yang suka bercakap dengan
nada yang terjerit-jerit, suka menggunakan bahasa yang agak kasar, sentiasa
menunjukkan tingkah laku yang tidak baik, maka kanak-kanak tersebut akan
terpengaruh dan terikut-ikutnya.
(c) Eksosistem
Melalui eksosistem ini, persekitaran luar akan membawa
kesan kepada perkembangan kanak-kanak itu secara langsung. Seterusnya,
pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung
tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada
kanak-kanak atau dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Contohnya,
jika penyediaan infrastruktur di dalam satu kawasan itu sendiri seperti
menyediakan taman permainan ataupun perpustakaan untuk keperluan kanak-kanak
ataupun pelajar itu sendiri, ia boleh membentuk tamadun sesuatu bangsa itu. Ia
juga merupakan jalinan sosial yang secara tidak langsung akan mempengaruhi
pemikiran kanak-kanak itu sendiri.
(d) Makrosistem
Malalui makrosistem ini, ia akan melibatkan budaya yang
lebih luas dan boleh mempengaruhi setiap perkembangan individu seperti nilai,
adat resam, jantina, norma-norma, amalan masyarakat dan lain-lain perkara juga
akan mempengaruhi perkembangan individu. Contohnya, di negara India, mereka
lebih mementingkan jantina lelaki berbanding dengan perempuan. Mereka akan
memberi pendidikan keutamaan kepada anak lelaki.
(e) Kronosistem
Terhadap sistem ini, ia memfokus pengaruh keadaan
sosiohistorikal dan hal-hal terhadap perkembangan kanak-kanak dalam sesuatu
zaman tertentu. Sebagai contoh, jika ibu melahirkan seorang bayi di rumah, ia
akan membawa kesan kepada anaknya, anak yang berada dalam rumahnya akan merasa
ibunya tidak sayang dia lagi kerana ibu hanya mengambil berat terhadap bayi itu
sahaja. Maka pada tempoh itu akan mempengaruhi perkembangan kanak-kanak mereka.
Rajah di bawah menunjukkan ekologikal perkembangan
kanak-kanak.
4.1 Kepentingan
terhadap teori ekologikal Bronfenbrenner
Teori ini adalah satu teori yang amat
menarik perhatian pendidik-pendidik agar mereka bukan sahaja mengutamakan alam
belajar dalam bilik darjah sahaja. Seterusnya, melalui teori ini, ia akan
memberi pertimbangan pengaruh daripada interaksi dan komunikasi pelajar-pelajar
mereka dengan keluarga, rakan sebaya, jiran dan komuniti tempatan di luar
sekolah.
4.3 Implikasi
strategi pengajaran dan pembelajaran berasaskan teori ekologikal Bronfenbrenner
•
Memahami secara komprehensif perkembangan
potensi kanak-kanak, guru bukan sahaja memberi perhatian kepada teori
pembelajaran tetapi juga teori ekologikal. Ia akan membawa kebaikan kepada
semua guru jika mereka memahami teori ekologikal dan lebih berkesan semasa
menjalankan pengajaran dan pembelajaran.
•
Untuk memahami murid-murid dengan lebih
sempurna, guru harus berkomunikasi dengan keluarga murid mereka secara formal
dan informal. Melalui berkomunikasi ini, guru akan lebih memahami murid itu dan
mereka boleh menggunakan langkah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah jika
pelajar itu mempunyai masalah tingkah laku.
•
Mengenal pasti peranan-peranan komuniti dan
sosiobudaya serta kedudukan sosioekonomi yang mempengaruhi perkembangan
kanak-kanak, demi merancang pelajaran berdasarkan perkembangan potensi yang
khusus sesuai untuk murid-murid mereka. Ini merangkumi peranan-peranan yang
dimainkan oleh keluarga, rakan sebaya, massa media, agama dan budaya. Hal ini
berlaku adalah disebabkan setiap individu mempunyai kecerdasan masing-masing.
Oleh itu, guru perlulah memberi prihatin dan tumpuan terhadap kanak-kanak
tersebut dan memcungkil kebakatan kanak-kanak dan membina insan yang lebih
berkualiti lagi.
5.0 Pandangan
saya terhadap kepentingan mempelajari teori-teori perkembangan kanak-kanak
Sebenarnya, setiap kanak-kanak mempunyai
tahap perkembangannya. Oleh itu, sebagai seorang ibu bapa atau guru-guru, maka
kita mestilah memahami perkembangan anak-anak dan murid-murid kita. Melalui
pembelajaran psikologi ini, saya telah mendapat pelbagai ilmu yang bermanfaat
kepada saya dan ia akan membawa kesan baik kepada saya sehingga seumur hidup. Jika
kita ingin mendidik anak bangsa kita menjadi seorang insan yang berketrampilan
dan berakhlak mulia, maka kita mestilah memahami teori perkembangan
kanak-kanak.
Sebelum saya mengambil subjek ini, saya
langsung tidak memahami kenapa anak murid saya membuat tingkah laku demikian
pada masa saya menjadi seorang guru sandaran tidak terlatih. Sekarang, barulah
saya sedar bahawa sesuatu tingkah laku yang mereka lakukan mestilah adalah alasan
mereka dan kita mestilah memahami tahap perkembangan mereka dan fikiran mereka.
Barulah kita boleh menyelesaikan masalah mereka dan memudahkan pengajaran dan
pembelajaran kita.
Akhirnya, saya berasa sangat bertuah
kerana dapat mengambil subjek ini dan mempunyai seorang pensyarah yang begitu
berpengalaman dan berpengetahuan dalam bidang psikologi ini mengajar kita. Sekarang,
saya akan lebih yakin pada diri sendiri untuk menyelesaikan masalah pelajar
pada masa yang akan datang.
Bibliografi
Azizi
Hj.Yahaya, Sharin Hashim, Yusof Boon & Halimah Ma’alip ( 2008
April). Pembentuk tingkah laku remaja. Retrived July 25, 2012, from the http://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/FP/bookchapter_fp23.pdf
Ar-rifke
(2012). Perkembangan kanak-kanak. Retrived July 25, 2012, from the http://ariedrifke.blogspot.com/2009/10/pkk-faktor-faktor-perkembangan-kanak.html
Ragbir
Kaur Joginder Singh. (2012). Panduan Ilmu
Pendidikan untuk DPLI Psikologi. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Amir
Awang. (1986). Teori-teori pembelajaran.
Kuala Lumpur. Fajar Bakti.
Ee
Ah Meng. (1997). Psikologi Pendidikan II
(Semester II). Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd.
Ee
Ah Meng. (1995). Murid dan Proses
Pembelajaran Asas Pendidikan 2. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd.
Mok
Soon Sang. (2003). Ilmu Pendidikan untuk
KPLI (Komponen 1 & 2 Sekolah Rendah Psikologi Pendidikan & pedagogi). Subang
Jaya: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Mok
Soon Sang. (2008). Psikologi Pendidikan
untuk pengajaran dan pembelajaran. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Zainuddin
Abu Bakar. Teori-teori Perkembangan. Retrived Ogos 1,
2012, from the http://eprints.utm.my/10348/1/bab2.pdf
Psikologi
perkembangan awal kanak-kanak. Retrived Ogos 1, 2012, from the
New
World Encylopedia. Urie Bronfenner. Retrived Ogos 3,
2012, from the http://www.newworldencyclopedia.org/entry/Urie_Bronfenbrenner
Teori
perkembangan kanak-kanak. Retrived Ogos
7, 2012, from the http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/teori-perkembangan-kanak-kanak.html
Psikologi
Pendidikan. Retrived Ogos 7, 2012, from the http://www.docstoc.com/docs/105271688/Psikologi-Pendidikan
Disediakan Oleh: Chin Lee Mei
terima kasih di atas perkongsian yang sangat berguna :)
ReplyDelete