Tuesday, 28 August 2012

PERINGKAT PERKEMBANGAN MANUSIA BERDASARKAN PERSPEKTIF TEORI

PERINGKAT PERKEMBANGAN MANUSIA BERDASARKAN PERSPEKTIF TEORI


DISEDIAKAN OLEH: KUAN CHEE FONG

1.0       Pengenalan
Perkembangan pada manusia merupakan satu perubahan yang bersifat kuantitatif. Ianya bermaksud sifat perubahan ini tidak dapat diukur tetapi kita dapat merasai dan ia jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang sebelumnya. (Atan Long, 1980) Contohnya, bayi yang yang berumur lima bulan adalah kelihatan jauh berbeza daripada masa dia yang baru dilahirkan.
     Paul Eggan dan Don Kauchak berpendapat bahawa perkembangan adalah suatu perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran,  pengalaman dan kematangan. Seseorang manusia itu akan kekal berkembang dan berubah dari semasa ke semasa dan secara berperingkat.
   Slavin (1997) pula berpendapat bahawa perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran dan berubah melalui peredaran masa. Beliau berpendapat, individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat, iaitu perkembangan dari segi fizikal, personaliti, sosio emosional dan kognitif serta bahasa.
    Menurut Crow dan Crow (1980), perkembangan merupakan perubahan secara ‘kualitatif’ serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Lain kata, perkembangan pada Crow dan Crow adalah untuk menunjuk perkembangan keseluruhan yang positif telah berlaku di atas manusia dan ia berlaku secara berterusan dalam sepanjang kehidupan kita. 
      Secara keseluruhannya, perkembangan ialah aspek perubahan yang dialami individu yang bersifat kualitatif, tidak dapat diukur tetapi jelas kelihatan berubah melalui peredaran masa. Perkembangan ini akan berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sel sehingga ke akhir hayat seorang manusia.

2.0       Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget
Jean Piaget dilahirkan di Switzerland pada tahun 1896. Beliau terkenal sebagai bapa psikologi kanak kanak. Beliau telah banyak memberi penyumbangan dan banyak membuat penyelidikan mengenai perkembangan bayi dan kanak-kanak, dan bagaimana mereka ini belajar dengan sendiri melalui interaksi dengan persekitaran dan ikhlim yang mereka sedang berada. Beliau juga merumuskan bahawa semua pengetahuan kanak-kanak berasal daripada rangsangan aksi oleh orang-orang di persekitaran dan lepas itu memberi interpretasi tentang aksi tersebut.
      Pada pendapat Piaget, kanak-kanak lahir dengan tingkah laku refleks seperti menangis, menghisap dan menggapai. Tindakan refleksi ini akan berkembang kepada tingkah laku bermatlamat, kemudian berkembang kepada tingkah laku menyelesai masalah. Menurut Piaget, kanak-kanak bina struktur kognitif dalam usahanya memahami persekitaran atau pengalaman. Oleh itu struktur kognitif kanak-kanak bertambah hari demi hari melalui data yang ditafsir dan disimpan oleh kanak-kanak tersebut. Struktur kognitif terbahagi kepada tiga iaitu tingkah laku, simbolik dan operasi.
     Tingkah laku (behavioral) merujuk kepada aksi atau turutan tingkah laku yang digunakan oleh kanak-kanak untuk meneroka dan bergerak balas terhadap objek yang ada di persekitarannya. Simbolik pula diperolehi kanak-kanak semenjak berumur 2 tahun atau sejak boleh bercakap, kanak-kanak boleh berfikir tentang objek, pengalaman dan peristiwa. Simbolik membolehkan kanak-kanak menyatakan objek atau peristiwa tanpa merujuk kepada aksi atau menggunakan bahasa isyarat. Operasi (operational) diperoleh apabila kanak-kanak berusia 6 atau 7 tahun iaitu apabila mereka boleh melakukan operasi logik atau aktiviti mental yang berkaitan dengan objek atau peristiwa. Juga dikenali sebagai menghasilkan pemikiran yang logik.
     Jean Piaget mengatakan bahawa setiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan mereka yang tersendiri. Oleh itu, kanak-kanak yang berada di  dalam sesuatu kelas di dalam sekolah itu bukan sahaja berlainan dari peringkat kebolehan mereka tetapi juga dari aspek kecekapan perkembangan kognitif mereka. Jean Piaget juga berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu tidak berlaku dengan segera tetapi dengan berperingkat. Peringkat awal pada seseorang individu itu merupakan perkembangan peringkat yang terpenting dalam kesemua peringkat ini, kerana peringkat awal ini merupakan peringkat yang paling asas dan kukuh untuk perkembangan peringkat yang seterusnya.
      Piaget menjelaskan tiga cara kanak-kanak mengetahui sesuatu. Pertama, melalui interaksi sosial iaitu belajar sesuatu perkara daripada orang lain. Bahasa, tingkah laku yang sesuai dengan budaya dan idea keagamaan adalah contoh-contoh pengetahuan yang diperolehi dengan cara sedemikian. Kedua, melalui pengetahuan fizikal iaitu pengetahuan fizikal tentang sesuatu benda. Pengetahuan ini diperolehi melalui penerokaan dunia fizikal dan belajar berkenaan bulatan dan segi empat sama,keras dan lembut, panas dan sejuk. Konsep-konsep ini tidak dapat dipelajari tanpa pengalaman dengan persekitaran. Ketiga, melalui logical-matematik yang meliputi konsep nombor, klasifikasi, masa, hubungan ruang dan keabadian.

3.0       KONSEP ASAS PIAGET
Piaget berpendapat semua manusia dilahirkan dengan kecenderungan secara positif untuk berinteraksi dan mentafsir persekitarannya. Ketika umur bayi, mereka mengenali sesuatu objek melalui skema. Dengan kata lain, skema ialah satu struktur kognitif dan struktur kognitif yang terkumpul lebih dari satu akan membentuk skemata. Skemata boleh berubah melalui proses iaitu organisasi. Organisasi bermaksud individu mencantum skema mata yang sedia ada untuk membentuk skemata baru yang kompleks. Adaptasi pula ialah perubahan semata mata semasa menemui objek.
       Piaget menyatakan bahawa pemikiran kanak kanak terbentuk melalui proses akomodasi dan asimilasi. Proses asimilasi ialah satu proses di mana pengetahuan baru yang diterima oleh kanak kanak. Proses ini ada kaitan dengan pengalaman dan pengetahuan lepas. Sebagai contoh guru menerangkan tentang burung- burung yang boleh terbang kepada murid muridnya. Maklumat ini akan diterima dan akan masuk ke dalam skema pemikiran kanak kanak yang mungkin sudah mempelajari tentang haiwan haiwan lain.
                 Manakala proses akomodasi ialah satu proses di mana kanak-kanak terpaksa membuat perubahan dan modifikasi kepada skema pemikiran yang sedia ada kerana pengetahuan yang baru diterima tidak sepadan dengan skema pemikiran yang lama. Sebagai contoh,guru memberitahu muridnya bahawa ayam dan itik termasuk dalam keluarga burung tetapi tidak boleh terbang. Murid terpaksa memodifikasikan maklumat yang ada dalam skema pemikiran sebelum ini iaitu seperti “Semua burung pada umumnya boleh terbang tetapi ada juga pengecualian kepada fakta ini kerana ada burung yang tidak boleh terbang.” Piaget menyatakan bahawa proses akomodasi dan asimilasasi berfungsi bersama.
            Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkan proses penyerapan dan pengubahsuaian. Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak menerima maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya. Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak dapat diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang baru. Jikalau maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai. Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari bayi sehingga dewasa.
                  Sebagai kesimpulannya, proses asimilasasi menggunakan skema pemikiran untuk membuat sesuatu yang sudah diketahui dan proses akomodasi merupakan cara baru untuk membuat sesuatu. Terdapat empat peringkat perkembangan intelek dalam teori yang dikemukakan oleh Piaget. Beliau menyatakan bahawa peringkat peringkat perkembangan tidak perlu diterangkan melalui faktor baka dan persekitaran. Apabila kanak-kanak memperoleh maklumat baru maka terjadi ketidakseimbangan (disequilibrium) dalam pemikiran individu, untuk memperoleh semula keseimbangan (equilibrium), kanak-kanak perlu buat organisasi atau adaptasi pada struktur kognitif.
          Contoh tahap pengekalan pula ialah: Pengekalan bermaksud memahami bahawa perubahan objek atau susunan tidak mengubah cirinya atau sifatnya. Pengekalan berlaku pada isipadu atau kuantiti cecair,berat bahan pepejal seperti plastersin dan nombor. Seperti dalam rajah di bawah, sekiranya ditanya soalan kepada kanak-kanak berusia 7 tahun, bekas A atau B' yang banyak air, dia tentu menjawab B' kerana dia telah memperoleh konsep pengekalan isipadu air. Dia juga telah menguasai konsep ‘tidak memusat’(decenter) iaitu boleh melihat kaitan tinggi dan lebar bekas air. Dia juga secara mental melakukan proses pembalikan iaitu menuang semula ke dalam bekas A. A dan B adalah gelas yang sama besar diisi kandungan air. Air dalam bekas B dituang dengan air yang sama banyak kepada bekas tinggi iaitu bekas ‘B’. 
              Pengertian kognisi sendiri sebenarnya melibatkan aspek-aspek struktur intelek yang digunakan untuk memahami dan mengetahui sesuatu. Kognitif bukanlah hanya hasil kematangan organisme, bukan juga pengaruh persekitaran sahaja, bahkan ia melibatkan kedua-duanya sekali. Perspektif kognitif tertumpu kepada keupayaan berfikir. Oleh itu, kognitivisme menegaskan kepentingan keupayaan manusia berfikir serta memproses dan menilai data atau maklumat sebelum satu reaksi dapat dilakukan kepadanya.
       Beliau juga mendapati bahawa kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap mengikut urutan umur.

3.1       PERINGKAT SENSORI MOTOR (lahir hingga ke umur dua tahun) 
Perkembangan pada peringkat awal iaitu pada peringkat umur bayi,mereka belajar melalui interaksi deria dengan persekitarannya. Sebagai contoh, bayi belajar dengan mengangkat benda, memain-mainkannya, merasa dan menggigitnya. Pada peringkat sensori motor, pemikiran bayi dipengaruhi oleh kebolehan deria meneka seperti kebolehan memerhati dengan menggunakan mata, mendengar dengan telinga dan menyentuh dengan tangan. Mengikut Piaget, aktiviti intelektual bayi merupakan reaksi kitaran, iaitu mengulang-ulangkan kejadian pengalaman baru yang ditemui akibat daripada aktiviti pergerakan dan penerimaan maklumat melalui deria bayi tersebut.
    Di samping itu, mereka dapat memerhatikan benda itu melalui penglihatan dan pendengaran bunyi. Pada peringkat umur dua tahun, bayi memperolehi kepercayaan tentang pengekalan objek, iaitu ia sedar, objek itu akan terus wujud walaupun objek itu tidak dapat dilihat atau disentuh. Pada peringkat dua tahun pertama, reaksi ktaran berubah secara berikut iaitu tertumpu di sekitar badan bayi sendiri; bergerak kearah luaran (manipulasi objek dalam persekitaran); menjadi lebih bercorak mencuba-cuba dan bertujuan menghasil kesan baru. Selain dari itu mereka dapat melakukan tindakan ulangan, iaitu mengulangi sesuatu tingkah laku secara pelaziman, misalnya tindakan menghisap ibu jari.
      Di samping itu kanak-kanak mula meniru tindakan yang mereka tidak pernah lakukan sebelum ini. Mereka belajar semua perlakuan tersebut melalui pemerhatian terhadap perlakuan orang lain atau melalui objek yang dapat dilihat atau disentuh. Dari sudut pendidikan, membekalkan objek maujud adalah penting untuk proses pembelajaran kanak-kanak dan perkembangan ke peringkat kefahaman yang abstrak.
     Kesimpulannya, pembelajaran bergantung kepada pengalaman sensori dan motor iaitu dengan mengenggam, menghisap, mendengar dan lain-lain. Bayi akan berinteraksi dengan objek-objek dalam persekitarannya.
     Pada peringkat ini, (lahir hingga dua tahun), bayi mengkoordinasi maklumat deria dengan kebolehan motor untuk mmebentuk skema tinkah laku yang membolehkan mereka “bertindak”dan “mengetahui” persekitarannya. Kanak-kanak membuat pelbagai aksi kepada objek-objek di sekitaranya, seperti memegang, memicit, menendang, menumbuk, memasukannya dalam mulut dan sebagainya, semasa dia meneroka persekitarannya dan membina struktur kognitik.
     Kebolehan lain yang diperoleh kanak-kanak pada peringkat deria motor ialah membuat imitasi(imitation) dan memahami konsep pengekalan objek ( object permanence). Maksud imitasi menurut piaget ialah kanak-kanak (18-24 bulan) boleh melakukan imtasi terhadap tingkah laku yang dilihatnya. Contohnya, menekan butang telefon mainan untuk menghasilkan bunyi, memicit itik mainan, mengangkat ganggang telefon bila ia bordering.
  Pengekalan objek menurut piagat bermaksud kanak-kanak (8-12 bulan) menyedari bahawa objek atau peristiwa tidak hilang, walaupun tidak dapat dikesan oleh semua alat derianya. Dia mengetahui bahawa orang atau objek itu akan muncul semula. Contohnya, apabila Fatimah ( berumur 9 bulan) melihat ibunya hilang dari pandangan dibawa oleh kereta, dia tidak menangis sebab dia tahu ibunya akan pulang semula.

3.2       PERINGKAT PRAOPERASI (umur dua hingga tujuh tahun)
“Praoperasi” bermaksud kanak-kanak mula berfikir secara logik tetapi belum dapat menguasai kebolehan memproseskan pemikiran mengikut peraturan-peraturan yang logik. Walau bagaimanapun,kanak-kanak mula mempraktikan kemahiran yang baru diperolehi dengan menggunakan simbol untuk mewakili objek. Ini dapat dilihat dari sifat pemikiran simbolik melalui permainan olok-olok, animisme dan egosentrik.
    Salah satu bentuk aktiviti pemikiran simbol ialah lakonan drama yang pelbagai pengalaman hidup. Sebagai contoh, kanak-kanak prasekolah suka bermain masak-masak, berlagak memandu kereta atau berlagak sebagai seorang doktor. Lakonan begini juga disebutkan sebagai permainan olok-olok. Pada peringkat praoperasi ini biasanya kanak kanak semakin maju dalam penguasaan dan penggunaan bahasa. Akan tetapi ia masih belum boleh lagi membezakan antara sifat-sifat benda hidup dengan benda bukan hidup. Kanak kanak mempunyai imaginasi bahawa batu adalah hidup dan pokok boleh berfikir seperti manusia. Piaget menyebut keadaan ini sebagai animisme.
     Di samping itu, kanak-kanak masih belum dapat membezakan antara pandangan diri sendiri dengan pandangan orang lain. Piaget menyebut keadaan ini sebagai egosentrisme. Orang yang mempunyai sifat egosentrisme terlalu memusat kepada kepentingan diri sendiri dan sukar menerima pendapat orang lain. Pemikiran mereka lebih bergantung kepada persepsi logik, misalnya ketika berjalan, bulan sentiasa mengekori mereka. Kanak-kanak tidak dapat membayangkan atau menerima perspektif orang lain. Mereka percaya bahawa persepsi atau fikiran orang lain adalah sama dengan diri sendiri.
       Sebagai contoh, pemahaman mengenai ruang, lambing, tanda dan objek bertambah baik pada umur empat tahun, walaubagaimanapun kanak-kanak tidak dapat berfikir sesuatu perkara yang mengelirukan, bersifat pembalikan dan yang bersifat lebih kurang. Dengan perkataan lain, pemikiran kanak-kanak ialah berdasarkan sesuatu sudut atau penglihatan yang mudah.
   Sesungguhnya pada permulaan peringkat praoperasi, kanak-kanak menghadapi kesukaran mengoperasi konsep, misalnya walaupun mereka boleh mengira secara urutan satu hingga sepuluh, mereka tidak memahami operasi bilangan seperti (1+1) adalah sama dengan (2-1). Contoh lain kanak-kanak tidak boleh menyusun objek yang mempunyai urutan yang tertentu dalam siri yang sempurna. Ini adalah disebabkan kanak kanak di peringkat ini kekurangan fleksibiliti dalam susunan pemikiran mereka. Mereka pada tahap ini juga mempunyai penakulan yang transduktif, iaitu tidak boleh membuat kesimpulan dengan tepat. Kanak-kanak pada peringkat ini juga tidak boleh memahami perubahan yang dinamik. Mereka juga kurang berkemampuan untuk mengklasifikasi sesuatu secara hieraki.
      Oleh kerana kanak-kanak di tadika atau di tahap awal sekolah rendah mempunyai pemikiran praoperasi, guru seharusnya mengambil langkah-langkah pengajaran yang sesuai dengan peringkat perkembangan mental mereka. Oleh sebab itulah,guru tadika biasanya menyediakan banyak aktiviti yang berbentuk lakonan drama.
     Selanjutnya, kanak-kanak digalakkan berkongsi dan bekerjasama dalam pembelajaran mereka. Ketiga, alat bantu mengajar amat perlu digunakan untuk membantu pengajaran guru. Adalah diingatkan, guru mengurangkan arahan pengajaran dalam bentuk lisan malah perlu memperbanyakkan menunjuk ajar (demonstrasi) kerana ia lebih bermakna.

3.3       PERINGKAT OPERASI KONKRIT (tujuh tahun hingga 11 tahun)
Secara umumnya, kanak-kanak di peringkat ini tidak lagi bersifat egosentrik. Mereka sudah mula menerima pandangan orang lain dan mula mempertimbangkan dari semua aspek masalah semasa mereka hendak menyelesaikan sesuatu masalah. Dengan kata lain, pemusatan pemerhatian mereka sudah pun mula berkurangan. Selain daripada itu, kanak-kanak mula memahami perkaitan antara dua situasi yang berlainan. Menurut Piaget, proses kebalikan mula difahami oleh kanak-kanak ini.
     Di peringkat sekolah rendah, pemikiran kanak-kanak menjadi stabil dan dapat berfikir mengikut peraturan-peraturan logik atau melakukan operasi mental secara tersusun. Namun begitu, kanak-kanak yang berada di peringkat ini hanya boleh melaksanakan kebolehan logik ini dalam keadaan konkrit atau menggunakan objek maujud. Ini dapat dilihat apabila kanak-kanak memperolehi konsep keabadian atas kuantiti sesuatu bahan walaupun bahan itu mengalami perubahan yang ketara.
       Misalnya, jika dua biji bola plastisin yang mempunyai bentuk dan saiz yang sama ditunjukan kepada kanak kanak pada peringkat praoperasi, mereka akan menyatakan bola-bola itu mengandungi plastisin yang sama banyak. Akan tetapi apabila salah sebiji bola itu diuli menjadi bentuk bujur, kanak-kanak itu akan menyatakan kuantitinya sekarang tidak sama dengan bola bulat yang sama. Bahkan bentuk baru itu mengaburi fikiran tentang kuantiti bola itu.
    Tetapi,di peringkat akhir operasi yang konkrit kanak-kanak mereka tidak mudah terkeliru dengan masalah seperti ini. Kanak kanak pada peringkat ini sedar bahawa kuantiti plastisin itu kekal sama walaupun bentuknya berubah-ubah. Terdapat “pengekalan” kuantiti plastisin itu dalam ingatan sungguhpun berlaku perubahan yang ketara pada bola itu.
     Perkembangan pemikiran kanak kanak dapat dilihat dari segi kemajuan dalam kebolehan mereka untuk mengelaskan objek. Di peringkat awal, kanak-kanak hanya boleh mengelaskan objek berdasarkan satu perspektif yang tertentu. Umpamanya,mereka dapat memerhatikan perbezaan pada masa yang sama atau persamaan pada masa yang lain, tetapi mereka sukar mengenal pasti kedua-kedua perbezaan dan persamaan yang wujud pada masa yang sama.
     Penggunaan perkataan sama ada secara lisan ataupun bertulis dapat mempengaruhi proses pembelajaran dan kefahaman kanak-kanak. Kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit dapat menguasai konsep kebalikan, pengekalan, isipadu, pencambahan, perkaitan logik kuantitatif dan klasifikasi.
      Proses pembalikan (reversibility) ialah kanak-kanak berupaya berfikir tentang bentuk asal sesuatu objek .Sebagai contoh,sekiranya sebuah pinggan pecah,kanak-kanak boleh mengingat semula bentuk pinggan yang asal sebagai imej mentalnya.Pengekalan isipadu (conservation of volume) pula ialah kanak-kanak berupaya berfikir bahawa isipadu tidak berubah walaupun bekas mempunyai saiz yang berlainan. Percampahan(decentration)ialah kanak-kanak boleh berfikir  tentang beberapa dimensi masalah dan perkaitan antaranya secara serentak .Contohnya,kanak-kanak dapat berfikir tentang tinggi bekas dan juga isipadunya.
        Perkaitan logik kuantitatif (quantitative logical relationship) ialah kanak-kanak berupaya berfikir secara logik apabila diberi syarat berbentuk kuantitatif. Contohnya guru memberi arahan, “Berbaris mengikut ketinggian, dari tinggi ke rendah”. Klasifikasi (classification) ialah kanak-kanak berupaya berfikir untuk mengkelaskan objek. Contohnya, kanak-kanak boleh mengkelaskan rajah-rajah yang diberikan mengikut bentuk dan warnanya.
                     Menurut Piaget, pada peringkat ini kanak-kanak mengalami perkembangan pesat dalam proses operasi kognitif dan mengaplikasi kemahiran ini apabila berfikir tentang objek, situasi dan orang yang telah mereka lihat. Operasi kognitif adalah aktiviti mental dalaman yang membolehkan kanak-kanak mengubahsuai dan menyusun semula imej dan simbol dalam membuat rumusan atau keputusan yang logik. Beberapa pemikiran yang beransur-ansur dikuasai oleh kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit ini ialah pengekalan terutamanya isipadu dan berat, mengklasifikasi dan mengkategori serta juga berupaya membuat perkaitan logik (relational logic).
                   Kanak-kanak akan dapat membina pelbagai konsep.Pengekalan bermaksud memahami bahawa perubahan objek atau susunan tidak mengubah cirinya atau sifatnya. Pengekalan berlaku pada isipadu atau kuantiti cecair, berat bahan pepejal seperti plastersin dan nombor. Seperti dalam rajah di bawah, sekiranya ditanya soalan kepada kanak-kanak berusia 7 tahun, bekas A atau B' yang banyak air, dia tentu menjawab B' kerana dia telah memperoleh konsep pengekalan isipadu air. Dia juga telah menguasai konsep 'tidak memusat' (decenter) iaitu boleh melihat kaitan tinggi dan lebar bekas air. Dia juga secara mental melakukan proses pembalikan iaitu menuang semula ke dalam bekas A. A dan B adalah 2 gelas yang sama besar diisi kandungan air. Air dalam bekas B dituang dengan air yang sama banyak kepada bekas tinggi iaitu bekas B.
         Selain itu, konsep klasifikasi dimana kanak-kanak peringkat operasi konkrit boleh mengumpul benda-benda mengikut ciri-cirinya ke dalam kategori tertentu. Contohnya pengangkutan darat terdiri daripada kenderaan seperti kereta, lori, van, basikal, motosikal, trak, ambulans. Cirinya beroda 2, 4 atau lebih dan bergerak atas jalan raya. Begitu juga kereta api, LRT dan sebagainya yang merupakan pengangkutan darat yang berjalan di atas landasannya.
      Perkaitan logik juga merupakan salah satu konsep yang terbina apabila kanak-kanak berada dalam peringkat operasi konkrit. Salah satu kebolehan penting peringkat operasi formal iaitu pemahaman yang lebih baik tentang perkaitan kuantitatif dan perkaitan logik. Contohnya guru memberi arahan "berbaris mengikut ketinggian, dari tinggi ke rendah". Arahan seperti ini mudah difahami oleh mereka yang berada di peringkat operasi konkrit. Mereka telah berkebolehan membuat persirian secara mental (mental seriation) iaitu kebolehan untuk menyusun dalam minda mereka senarai secara siri ketinggian atau berat.
Mereka juga berkebolehan dalam 'transitiviti' iaitu menerangkan perkaitan antara elemen dalam sesuatu senarai. Contohnya, Fadlullah lebih tinggi daripada Redza. Redza pula lebih tinggi daripada Firdaus. Siapakah yang lebih tinggi, Fadlullah atau Redza? Mereka yang talah berada di peringkat operasi konkrit akan boleh memberi jawapan yang betul iaitu Fadlullah lebih tinggi daripada Firdaus.
     Inversi merupakan suatu transformasi pembalikan. Sebagai contoh dapat dilihat dari pemikiran berikut, misalnya pendidik membuat 2 duit syiling yang berlainan warna. Warna kuning dan warna putih. Pendidik tutup duit syiling tersebut dengan sebuah gelas gelap. Selepas itu, angkat gelas terbabit semula dan tanyakan kepada kanak-kanak tersebut bagaimana keadaan duit syiling. Jika kanak-kanak mengatakan duit syiling tersebut dalam keadaan terbalik, maka si anak sudah memasuki tahap konkrit-operasional dan memahami proses transformasi inversi atau pembalikan.
       Resiprok merupakan suatu transformasi pencerminan. Contohnya sebagai berikut, misalnya seorang ibu ingin menanam tanaman tomat danmembawa ember kecil yang berisi tanah, si ibu memindahkan tanah tersebutke ember yang ukurannya lebih kecil tetapi lebih panjangdari embersebelumnya, kemudian si ibu bertanya pada anaknya yang dari tadi sudahmemandangi ibunya dengan seksama, si ibu menanyakan tentang keadaandan banyaknya tanah tersebut. Jika si anak mengatakan tanah yang di emberpanjang tersebut sama dengan tanah yang ada di ember lebih pendek, makasi anak sudah memasuki tahap konkrit-operasional, karena si anak sudahmengerti kalau tanah yang ada di ember panjang merupakan pencerminandari tanah yang ada di ember pendek.

3.4       PERINGKAT OPERASI FORMAL(dari umur 12 tahun ke atas)
Operasi formal berpendapat mereka sebenarnya dapat berfikir secara logik termasuk pemikiran abstrak, perkara berkaitan dengan masa depn dan sanggup membuat hipotesis. Pemikiran hipotesis ini membolehka kanak kanak itu meramalkan ‘apa yang mungkin berlaku’ daripada “apa yang akan berlaku”. Oleh kerana pemikir operasi sanggup membuat penakulaan terhadap sesuatu kemungkinan,ia teah sedia membuat eksperimen menguji kebanran idea, kebenaran dan pemikiran saintifik.
    Ia juga menguasai kebolehan untuk menyelesaikan masalah dengan kombinasi  pengetahuan,pengalaman dan kemahiran. Bahkan pelajar ini dapat menerima idea abstrak sperti tenaga,gravity,demokrasi dan sebagainya. Pendekatan pengajaran pula melibatkan peggunaan kaedah lisan yang lebih banyak. Pelajar di peringkat sekolah menengah digalakkan mendengar,membaca dan berbincang,kemudian melakukan latihan.
     Teori Kognitif ini memberikan beberapa implikasi dalam proses P&P. Menurut teori tersebut, isi kandungan hendaklah disusun mengikut perkembangan kognitif kanak-kanak dan yang paling relevan adalah daripada konkrit kepada abstrak, dekat kepada jauh, pengalaman sedia ada kepada pengetahuan baru dan daripada kasar kepada halus. Contohnya, untuk mengajarkan tentang buah-buahan tempatan, mulakan dengan memberi contoh yang diketahui oleh murid- murid terlebih dahulu.
          Selain daripada itu, guru seharusnya berperanan sebagai fasilitator dalam proses P&P yang bertugas sebagai penyusun maklumat yang hendak disampaikan bagi memudahkan murid mengaitkan pelajaran baru dengan pelajaran lepas.
Seterusnya, guru harus sedar bahawa ada murid yang berada dalam mod pembelajaran yang berbeza dan guru perlu bijak memainkan peranan dalam menguasai proses P&P. Sebagai contoh, jika terdapat murid yang tidak dapat menumpukan perhatian dalam proses pembelajaran yang berlangsung, guru perlu memikirkan cara yang efisyen bagi menarik minat mereka.


4.0       Teori Perkembangan Psikososial Erikson
Erik Erikson (1902-1994) telah menganalisis perkembangan sosial kanak-kanak dalam jangka masa kehidupan mereka. Beliau menjelaskan bahawa manusia mempunyai keperluan asas yang sama dan perkembangan mereka bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan tersebut. Perkembangan kanak-kanak berlaku mengikut tahap tertentu. Erikson percaya bahawa setiap tahap mempunyai konflik tertentu yang perlu diatasi supaya tidak menjejaskan perkembangan kanak-kanak.       
       Teori Erik Erikson dikenali sebagai Teori Perkembangan Psikososial Erikson kerana ia mengabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu, iaitu faktor kendiri, emosi dan sosial. Teori Psikososial Erikson adalah berdasarkan 5 prinsip utama iaitu setiap individu mempunyai keperluan asas yang sama, perkembangan individu bergantung kepada tindak balas individu terhadap keperluan-keperluan asasnya, perkembangan individu mengikut tahap-tahap tertentu, setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi supaya individu dapat berfungsi dengan baik dalam tahap berikutnya dan kegagalan mengatasi konflik pada satu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang berikutnya. Perkembangan psikososial Erikson terbahagi kepada lapan peringkat.

4.1       Percaya Lawan Tidak Percaya
Peringkat pertama ialah asas kepercayaan lawan asas ketidakpercayaan iaitu dari peringkat bayi yang baru dilahir  hingga ke 18 bulan. Bayi perlu mempunyai hubungan yang erat, mendapat kasih sayang dan kepercayaan daripada ibu atau penjaga. Erikson yakin bahawa bayi mempelajari rasa percaya apabila mereka diasuh dengan cara yang konsisten dan hangat. Pada saat itu, hubungan bayi dengan ibu adalah sangat penting. Kalau ibu memberinya makan, membuatnya hangat, memeluk dan mengajaknya bicara, maka bayi tersebut akan memperoleh kesan bahawa lingkungannya dapat menerima kehadirannya secara hangat dan bersahabat. Inilah yang menjadi landasan pertama bagi rasa percaya Jikalau orang lain yang tidak dapat memberikan perasaan yang sama seperti ibu akau pengasuh, maka mereka akan berasa tidak percaya terhadap mereka. Bayi akan mula mencari perasaan yang diberi oleh ibu atau pengasuh dan akan menangis untuk menunjukkan ketidaksukaan atau menolak orang yang cuba mendukungnya.

4.2       Autonomi Lawan Keraguan
Yang kedua ialah peringkat autonomi lawan keraguan yang berlaku pada umur 18 bulan hingga 3 tahun. Erikson mengatakan bahawa pada tahap ini, konsep diri bayi mula bertambah nyata. Mereka bermula tahu apa yang dicakap dan dibuat merupakan tindakannya bukan orang lain, dan keinginan mereka untuk bertindak bebas telah pun meningkat. Pada tahap ini kanak-kanak sudah mula berkeinginan melakukan sesuatu perbuatan sendiri. Mereka mula berdikari dan tidak suka dibantu atau dikongkong orang dewasa. Situasi ini merupakan permulaan kepada pembentukan perasaan keyakinan diri pada kanak-kanak tersebut. Ada kanak-kanak yang berpendapat bahawa mereka adalah cekap dan berkebolehan, ada pula yang mungkin akan rasa diri mereka itu kurang cekap dan berasa malu lalu meragui kebolehan diri. Pada peringkat ini juga, tingkah laku yang sentiasa diterima dan dipuji, akan dapat memberi keyakinan kepada kanak-kanak tersebut. Manakala untuk yang sentiasa dimarah atau didenda, mereka akan rasa malu dan akan ragu-ragu untuk membuat sesuatu perkara. Dorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina perkembangan dan menyelesaikan sesuatu tugasan.

4.3       Inisiatif Lawan Rasa Bersalah
Pada peringkat ketiga iaitu peringkat inisiatif lawan rasa bersalah berlaku pada tahap umur 3 hingga 6 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak terlihat sangat aktif, suka berlari, berkelahi, memanjat-manjat, dan suka menantang lingkungannya. Dengan menggunakan bahasa, fantasi, dan permainan khayalan, dia memperoleh perasaan harga diri. Bila orang tua berusaha memahami, menjawab pertanyaan mereka, dan menerima keaktifan mereka dalam bermain, maka kanak-kanak akan belajar untuk mendekati apa yang dia inginkan, dan perasaan inisiatif menjadi semakin kuat. Sebaliknya, bila orang tua kurang memahami, kurang sabar, suka memberi hukuman, mereka akan menganggap bahawa pengajuan pertanyaan, bermain dan kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh mereka itu tidak bermanfaat, maka mereka akan merasa bersalah dan menjadi enggan untuk mengambil inisiatif untuk mendekati apa yang diinginkannya.

4.4 Industri Lawan Rendah Diri
Seterusnya ialah peringkat industri lawan rasa rendah diri iaitu sering berlaku pada tahap umur 6 hingga 12 tahun. Tahap ini merupakan tahap psikososial keempat yang berlangsung kira-kira pada masa peringkat sekolah rendah. Pada masa ini, kanak-kanak mula memasuki dunia yang baru, iaitu sekolah rendah dengan segala aturan dan tujuan yang tidak pernah dialami oleh mereka. Kanak-kanak akan mula mengarahkan tenaga mereka menuju ke arah penguasaan pengetahuan dan keterampilan intelektual. Alat-alat permainan dan kegiatan bermain berangsur-angsur digantikan oleh perhatian pada situasi-situasi produktif serta alat-alat yang dipakai untuk bekerja. Bagi mereka yang dapat menangani situasi ini dengan baik dan menguasai teknik-teknik yang dipelajarinya, maka mereka akan mencapai kepuasan dan juga kemegahan yang ingin didapati oleh mereka. Akan tetapi, apabila kanak-kanak itu tidak berhasil menguasai keterampilan dan tugas-tugas yang dipilihnya atau oleh guru-guru dan ibu bapanya, maka kanak-kanak itu akan beresa rendah diri dan perasaan itu akan terus berkembang kian hari.

4.5       Identiti Lawan Kekeliruan Identiti
Identiti lawan kekeliruan identiti ialah peringkat kelima iaitu untuk golongan yang berumur 12 hingga 20 tahun. Tahap ini adalah tahap yang paling diberi penekanan oleh Erikson karena tahap ini merupakan tahap peralihan dari masa kanak-kanak ke masa dewasa. Peristiwa-peristiwa yang yang terjadi pada tahap ini sangat menentukan perkembangan keperibadian kanak-kanak pada masa dewasa. Pada tahap ini, mereka akan dihadapkan dengan pancarian jati diri. Ia bermula daripada merasakan suatu perasaan tentang identitinya sendiri. Perasaan itu menunjukkan bahawa dia adalah seorang individu yang unik. Mereka mula menyedari bahawa sifat-sifat yang ada pada dirinya, seperti kesukaan dan ketidaksukaannya, tujuan-tujuan yang diinginkan untuk tercapai, kekuatan dan hasrat untuk mengkontrol kehidupannya sendiri, yang siap memasuki suatu peranan yang bererti di dalam masyarakat, peranan yang bersifat menyesuaikan diri ditengah masyarakat, baik peran yang bersifat menyesuaiakan diri mahupun yang bersifat memperbaharui.

4.6       Intimasi Lawan Keasingan Diri
Peringkat yang seterusnya ialah keintiman lawan keasingan iaitu mereka diperingkat awal dewasa yang berumur 20 hingga 40 tahun. Perkembangan psikososial keenam yang dialami individu selama tahun-tahun awal masa dewasa. Jika pada masa sebelumnya, individu memiliki ikatan yang kuat dengan kelompok sebayanya, maka tugas perkembangan individu pada masa ini adalah membentuk perhubungan yang intimasi dengan orang lain. Menurut Erikson, keintiman tersebut biasanya merujuk kepada perkhawinan, perkeluargaan dan juga pergaulan dengan orang lain. . Orang-orang yang mempunyai tempat untuk meluahkan perasaaan dan masalah, mereka akan berasa lebih bahagia dan lebih sihat jika dibandingkan dengan mereka yang tidak memiliki tempat untuk meluahkannya.Mereka yang dapat menjalinkan hubungan yang baik tidak kira dalam perkhawinan atau hubungan yang rapat akan hidup dengan lebih bahagia.Manakala bagi mereka yang gagal bergaul rapat dengan orang di sisi mereka akan mula memulaukan dan berasingkan diri daripada berinteraksi dengan orang lain.

4.7       Generitiviti Lawan Stagnasi
Peringkat yang ketujuh ialah peringkat generativiti lawan stagnasi iaitu pertengahan dewasa yang berumur 40 hingga 60 tahun. Ciri utama tahap generativiti adalah memberikan tumpu perhatian terhadap apa yang dihasilkan (keturunan) serta pembentukan dan penetapan garis-garis pedoman untuk generasi yang akan datang. Kepedulian seseorang terhadap pengembangan generasi muda inilah yang diistilah oleh Erikson dengan “generativiti”. Perkembangan generativiti ini terdapat pada indivudu yang berjaya dalam kehidupan atau keluarganya dan berusaha untuk memuaskan hati dan menyokong generasi akan datangnya. Apabila generativiti ini lemah atau tidak dilengkapkan, maka seseorang individu itu akan menjadi mundur atau akan lebih menghala kepada perkembangan pemusatan diri.

4.8       Intergriti Lawan Kekecewaan
Akhir sekali ialah integriti lawan kekecewaan iaitu peringkat lanjut usia yang berumur 60 tahun ke atas. Tahap ini merupakan tahap kegelapan yang dialami individu selama akhir masa dewasa. Integriti paling tepat dilukiskan sebagai suatu keadaan yang dicapai seseorang setelah memelihara benda-benda, orang-orang, produk-produk dan idea-idea serta setelah berhasil melakukan penyesuaian diri dengan berbagai keberhasilan dan kegagalan dalam kehidupannya. Integriti terjadi pada tahun-tahun terakhir kehidupannya menoleh ke belakang dan menanalisis apa yang telah dilakukan dalam hidupnya selama ini, menerima dan menyesuaikan diri dengan keberhasilan, dan kegagalan yang dialaminya, merasa aman dan tenteram, serta menikmati hidup sebagai yang berharga dan layak atau sebaliknya.

5.0       Implikasi Teori-Teori Perkembangan Kepada Guru
Implikasi teori-teori perkembangan kepada guru hari ini adalah membolehkan guru memahami mengapa pelajar bertingkah laku sedemikian. Teori-teori ini juga  membantu pelajar memahami diri mereka sendiri dan juga membantu guru untuk merancang objektif dan matlamat pembelajaran yang sesuai. Guru juga boleh berumus langkah supaya pelajarnya mencapai matlamat dan objektif pembelajaran.
      Daripada teori-teori ini, guru dapat meramal tingkah laku, kegemaran dan apa yang tidak disenangi pelajar pada peringkat umur tertentu. Maka, dapatlah guru untuk lebih memahami anak-anak murid mereka. Selain daripada itu, guru juga dapat merancang peneguhan yang sesuai dalam usaha mengawal tingkah laku dan memotivasikan pelajar. Guru-guru dapat merancang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan pelajar. Guru-guru dapatlah menjadi lebih prihatin dan sabar dalam membimbing pelajar.Mudah-mudahan, guru dapatlah merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap pertumbuhan dan perkembangan pelajar. Dengan adanya teori-teori ini, guru dapat membuat intervensi untuk mengatasi masalah pembelajaran pelajar. Guru-guru dapat berbincang dengan ibu bapa tentang langkah yang perlu dilakukan untuk sama-sama mengatasi masalah pelajar.



Rujukan

1.    Akhiar Pardi Shamsina Bt Shamsudin, (2009). Rancangan Pengajaran Harian dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor : CIPTA Printing & Publishing (M) Sdn Bhd
2.    Atan Long, (1980). Pedagogi : kaedah am mengajar. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.
3.    Atan Long, (1986). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
4.     Abd. Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. ……..Cheras: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
5.    Crow and Crow, A. (1980). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
6.    Dr. Ragbir Kaur Joginder Sigh, ( 2010). Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI Psikologi. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd
7.    Ee Ah Meng, ( 1989 )Pendidikan di Malaysia Untuk Guru Pelatih, Edisi Kedua, Petaling Jaya, Siri Pendidikan Fajar Bakti.
8.    E.Slavin, Robet. (2007). Educational Psychology, Riset dan Rraktik. Bandung: Penerbit Nusa Media.
9.    Lee Shok Mee, (1996). Psikologi Pendidikan 2 Teori dan Aplikasi Psikologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd
10. Mok Soon Sang, ( 2008). Psikologi Pendidikan. Ipoh: CIPTA Printing & Publishing (M) Sdn Bhd
11. Mok Soon Sang, ( 2009). Murid dan Alam Belajar. Ipoh: CIPTA Printing & Publishing (M) Sdn Bhd
12. Paul Eggen and Don Kauchak, (1999) . Educational Psychology, 4th ed.
Upper Saddle River, New Jersey: Merrill




No comments:

Post a Comment